Sekapur Sirih
Nikmatilah hidup lebih sihat hasil gabungan madu asli dan kultur spirulina hidup dengan bio teknologi!
Sudah menjadi perkara biasa kepada kita, apabila membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan, pemakanan adalah merupakan faktor utama yang menjadi penyebab kepada tahap kesihatan seseorang. Cara hidup yang terlalu mengejar masa dan kerjaya menyebabkan ramai di antara kita yang sedar atau tidak, lupa untuk mengambil pemakanan seimbang. Makanan segera yang mengandungi pelbagai perisa dan pengawet bahan kimia diambil sebagai makanan harian. tidak hairanlah hari ini, ramai yang mengambil makanan tambahan kesihatan sebagai satu cara bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka.
Nutrimadu™ (Probiotic Honey) merupakan makanan tambahan atau suplemen terbaik dan paling lengkap bagi semua peringkat umur. Ianya diperkaya dengan pelbagai vitamin dan zat galian berkhasiat semulajadi, yang ada di dalam madu dan sel-sel bakteria sihat (mikrob spirulina). Justeru itu, pengunaan teknologi "BIOTEKNIK UNIK" (bagi mengekalkan kesegaran sel mikrob bakteria spirulina dalam keadaan seperti asal) adalah kaedah terbaik bagi penghasilan produk terbaik ini.
Pengambilan Nutimadu™ secara berterusan amat baik bagi mengekalkan kesihatan anda di peringkat yang paling optimum. ianya dapat menjana tenaga segera untuk menangani masalah kepenatan fizikal kerana kandungan proteinnya yang tinggi, malah ia juga dapat mengimbangi hormon badan dan emosi. Malah telah terbukti di serata dunia, unsur-unsur baik yang ada di dalamnya dapat mencegah dari terjadinya penyakit-penyakit kritikal
Ringkasan Madu dan Spirulina
Madu merupakan makanan kesihatan yang telah diiktiraf dunia dari zaman dahulu lagi. malah ramai yang telah menggunakannya sebagai bahan pengawet semulajadi dan pemanis bagi menggantikan gula tiruan yang kompleks dalam masakan dan minuman.
Malah banyak kajian yang telah dijalankan, menemui pelbagai khasiat madu contohnya; penemuan saintis dalam pencegahan kanser, serangan jantung dan ia juga telah terbukti dapat membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik.
Madu dapat membantu proses pembersihan formasi darah dengan cara melancarkan pengaliran darah keseluruh sel tubuh. Bukan itu sahaja, malahan ia juga dapat mencegah masalah penguncupan dinding kapilari dan arteri darah secara semulajadi.
Kini dengan adanya 'bio teknologi' membolehkan madu digabung dengan unsur-unsur lain yang baik. Atas dasar itu banyak penyelidikan telah dibuat bagi menghasilkan sumber pemakanan kesihatan terbaik. Nutrimadu™ adalah salah satu produk yang terhasil dari satu kajian terperinci diantara madu dan spirulina.
Nutrimadu™ mengandungi mikrob spirulina segar, yang mana ianya dikekalkan berkeadaan 'dormant' (tidur) didalam madu. ini bertujuan untuk memastikan segala mineral, vitamin dan khasiatnya dapat memberi kesan yang terbaik kepada penguna sebagai makanan kesihatan.
Spirulina mempunyai berbagai kebaikan untuk tubuh badan manusia. Banyak kajian yang telah dijalankan menunjuk spirulina memberi kesan yang positif kepada penyakit jantung, migrain, penyakit berkaitan usus, penyakit kulit dan kanser.
Kesimpulannya, gabungan madu dan spirulina menjadikan Nutrimadu™ ini sebagai suplemen yang paling sesuai bagi semua peringkat umur dalam kehidupan kita seharian
